Wednesday, January 16, 2013
First (2)
Posted at 1:09 AM
0 comments (+)
2
“Selamat
pagi, Naela!” tegur Athirah di luar kelas. Dia pun baru sahaja
tiba.
“Pagi.”
Balasku
Walaupun
sudah lima bulan aku mengenali dirinya dan duduk di sebelahnya namun
aku tetap belum biasakan diriku.
Dari
luar kelas, aku nampak banyak kertas berselerak di atas lantai.
Kenapa
ni? Kenapa bersepah sangat? Aku bermonolag dalam hati.
Rupanya
kertas – kertas itu datangnya dari meja aku. Aku tergamam. Siapa
dajal yang buat meja aku berselerak ni. Aku fikir mungkin orang
tersebut menyelongkar laci semua orang. Ternyata hanya laci aku
seorang sahaja diselongkarnya.
“Siapa
yang buat ni Naela?” Tanya Athirah. Dia juga terkejut dengan apa
yang terjadi.
Aku
hanya menggeleng sambil mengutip semula kertas – kertas yang
berselerak di atas lantai sambil dibantu oleh Athirah. Mungkin angin
yang tiup. Aku memikirkan alasan yang munasabah untuk difikirkan.
Tanpa
mereka sedari, ada mata yang memerhatikan mereka dari jauh.
“Ouch!”
aku mengaduh apabila dilanggar oleh seorang pelajar lelaki
“Woi!
Kau jalan pandang mana hah?” tengking budak lelaki itu.
Aku
rasa dia yang langgar aku dulu. Sekarang dia pula yang melenting. Ah!
Lantaklah apa kau nak cakap pun. Aku nak pergi tandas ni. Tanpa
berkata apa – apa, aku terus berlari ke tandas. Nature
is calling!
Dari
kejauhan aku dengar budak lelaki itu memanggil – manggil aku. Macam
– macam digelarnya aku. Betina, perempuan, bangang dan macam –
macam lagi. Kalau aku jumpa kau lagi dan kau cari pasal lagi dengan
aku, tahulah aku nak cabai mulut kau.
Ah,
selesa sikit lepas dah buang segala isi perut ni. Pagi tadi aku makan
apa? Umi sediakan air Milo aje. Aku rasa sebab air Milo tu kot. Aku
manalah boleh minum minuman yang berasaskan susu pagi – pagi buta.
Keluar
sahaja dari tandas, aku disapa oleh seseorang
“Hai,
dah selesa?” sapa Athirah
Aik?
Mana dia tahu yang aku menghilangkan diri di tandas. Tanpa banyak
soal, aku hanya mengangguk dan melangkah pergi.
“Wei
Naela, tunggulah aku!” jerit Athirah
Aku
menoleh ke belakang. Athirah sedang mengejarku dalam keadaan
tercungap – cungap. Macamlah aku jauh sangat.
Sampai
sahaja disebelahku, dia memulakan bicara.
“Tahu
tak tadi ada orang kirim salam dekat kau.”
“Siapa?”
soalku
Athirah
sekadar mengangkat bahu. “Entahlah, tadi ada orang pesan kat aku
suruh beritahu kau”