Wednesday, January 16, 2013
First (1) Posted at 1:07 AM 0 comments (+)

1
Cinta pertama. Perkara biasa bagi budak - budak zaman sekarang. Budak darjah enam pun sekurang - kurangnya dah ada seorang ex- boyfriend. Tapi tidak bagi aku. Aku seorang yang amat pendiam dari sekolah rendah. Orang tanya aku hanya mengangguk atau senyum. Senyum itu tanda setuju bukan? Kadang – kadang ada yang naik menyampah dengan sikapku ini. Mereka tidak tahu selain sifat pemaluku ini,ada satu lagi sebab kenapa aku berat mulut.
Naela, kau nak tak kupon untuk hari sukan nanti?” Tanya ketua tingkatanku, Azri
YYYa….Ya!” Aku mengangguk lalu mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit dan menyerahkan kepada ketua tingkatanku. Ha, inilah sifatku yang lagi satu. Aku ini seorang yang gagap. Bukan aku yang nak, tetapi disebabkan oleh keturunan.
Kau nak beli dua keping ke?” Memandangkan harga sekeping kupon berharga lima ringgit, aku hanya mengangguk sambil senyum.
Kau ni bisu ke ha? Aku macam cakap dengan patung je.” Dengus Azri sambil berlalu.
Aku hanya mencebik. Suka hati akulah nak cakap atau tidak. Angguk dan senyum pun kau dah faham tak payahlah aku bazirkan air liur aku keluarkan suara.
Memandangkan sekarang waktu rehat, ramai rakan – rakanku berjumpa teman lelaki mereka dari kelas lain. Apalah yang mereka bualkan. Kucing pun boleh beranak kalau tunggu mereka habis berbual. Lama sangat.
Kalau akulah, baik buang masa dengan baca buku. PMR pun belum lepas dah menggatal.
Tapi dalam hati aku teringin juga hendak ada boyfriend. Macam seronok. Ada kawan baik lelaki pun jadilah. Namun tidak ada seorang pun yang pandang aku. Aku tidak menonjol. Juga tidak menarik. Cakap pun macam budak tadika.
Dari tahun ke tahun azam aku cuma satu. Mahu menjadi lebih berani. Bukan berani membuat maksiat. Maksud aku, berani menonjolkan diri. Namun, setiap tahun hasilnya tetap sama. Azamku tetap dilaksanakan setiap tahun.
Aku bukanlah pendiam tahap gaban. Jika aku bersama rakan baikku, aku yang paling kecoh antara kami. Tetapi sekecoh – kecoh aku pun tetap tidak menonjol di kalangan pelajar lain.
Cuti penggal kedua bermula dan aku ingin meluruskan gigiku yang bersimpang siur. Alhamdulillah hasratku disetujui oleh ibu bapaku. Tahun depan nanti dapatlah aku senyum dengan lebar sekali. Aku harap aku sudah tidak gentar berbicara. Harapnya begitulah.
Ini part yang aku tidak suka ni. Kalau baru jumpa, mesti ada sesi Ice Breaking. Paling aku tak suka sebab aku orang pertama! Itulah ikut sangat cakap ayah aku suruh duduk depan. Tepi sekali pula tu.
Err.. Nama, Naela Alisyah binti Muhd. Zikri. Awak semua boleh panggil saya Zik. Eh, bukan. Zik tu bapak saya. Panggil saya Naela. Saya pilih course ni sebab saya suka course ni.”
Ah! Aku ni pakai hentam je. Selepas keputusan PMR keluar, rakan aku ajak memohon sekolah teknik. Aku sebenarnya baru pertama kali dengar nama sekolah itu. Aku tak tahu pun ‘sekolah teknik’ tu wujud.
Keesokan harinya, aku ke Sekolah Teknik Johor Bahru bersama ibuku. Lima belas minit kemudian, tibalah aku di sekolah itu.
Rupa – rupanya sekolah itu berdekatan dengan rumahku. Kami ke pejabat yang bertempat di tingkat dua sekolah itu. Aku mohon sekolah ini menggunakan keputusan PMR dan bukanlah keputusan peperiksaan percubaan aku yang hanya 3A.
Ramai juga orang yang hendak memohon sekolah itu. Sambil menunggu giliran, aku meninjau seluruh pejabat itu. Ada sesuatu uang menarik perhatianku.
Gambar sepasang manusia yang mengenakan baju ala – ala mak cik cleaner. Mungkin sebab warna baju itu berwarna jingga. Sedang asyik aku meneliti baju seragam itu, aku ditegur oleh salah seorang kerani di pejabat itu.
Inilah baju seragam baru untuk sekolah teknik dan vokasional.”
What? Ma.. Macam cleaner lah cik kerani.” Ujar aku sambil menekup mulutku atas kelantangan suaraku.
Sorry sikit. Anak mak cik kata macam orang korporat bila pakai baju ni tau. Pertama kali nampak memang kolot. Nanti bila kau dah pakai, kau suka. Percayalah cakap mak cik.” Ujar kerani itu sambil menepuk dadanya.
Semasa mengisi borong permohonan ibu menanyakan berkenaan kursus yang aku minat. Kursus yang ditawarkan ialah Sains Pertanian, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam.

Aku berfikir sejenak sambil menggunakan otak aku yang gila ini.
Pertanian aku dah reject awal – awal sebab aku tak boleh pegang tanah. Alergik. Kalau elektrik, aku takut terkena renjatan elektrik. Mekanikal pula penuh dengan jentera yang besar gedabak. Ish, seriau aku. Akhirnya aku memilih kursus Kejuruteraan Awam kerana tidak tahu menahu tentangnya.
Sampai dirumah,aku berura – ura hendak bertanya ibu tentang Kejuruteraan Awam.
Ibu, Kejuruteraan Awam tu apa?
Jangan kau cakap kau tak tahu sebab kau dah pilih kursus tu” Ibu sudah mula risau dengan tindakanku
Sss.. sebenarnya memang Naela tak tahu. Bunyi macam tak menyeramkan. Jadi Naela pilihlah course tu”
Bertuah punya budak!” sergah ibuku
Aku hanya tersengih.
Awam ni berkenaan bangunan. Lebih kurang macam tu lah. Nanti Naela belajar tentang perpaipan dalam sesuatu bangunan itu, bahan – bahan untuk membuat bangunan, bahagian – bahagian yang perlu ada pada sesuatu bangunan. Bukan itu sahaja, Naela juga akan belajar tentang jalan raya, lampu isyarat dan ukur tanah.” Ujar ibu panjang lebar.
Aku hanya mengangguk mengerti. Seminggu kemudian, permohonan aku diterima. Aku akan mendaftar seminggu dari tarikh surat dicetak.
Sebab itulah, aku disini. Di kelas 4Awam2 dan semua orang sedang memandang tepat ke arahku.

Err.. terima kasih?” kataku sebelum bergegas duduk sambil tertunduk malu.
Hai,nama saya Athirah” sapa rakan sebelah aku sambil menghulurkan tangan.
About
Your profile here.
tagboard
Affiliates
etcetera
Anything else you would like on your blog. Twitter, Formspring, Instagram ?
Credits
Layout by mymostloved with script, background and image.